Wednesday, September 5, 2012

Aku Jatuh, Tetapi Aku Bangkit Dan Hadapi Dugaan Dengan KESABARAN....



Assalamualaikum..


Dah lama Tidak Aku menulis dalam blog ini..
iya lah,sejak ada facebook mukabuku ni, kita terlupa yang kita mempunyai
diari awam sendiri..Diari tempat meluah segalanya,sambil itu,sesiapa yg membaca,
akan cuba memberi nasihat dan pendapat..Terima Kasih rakan-rakan... <3

Aku rasa, bagaikan mukabuku itu, tidak lagi menjadi keutamaanku,walaupun ianya penting untuk berkomunikasi dengan rakan2.tetapi, aku dapati, ianya lebih kepada membawa FITNAH untuk menjatuh kn sesiapa saja kalau ada yang tidak senang dengan kita..Lalu aku cuba kurangkn facebook, dan menukarkn status harian ku kepada BLOG...



Teringat aku kisah ku dengan si dia...betapa bahagianya aku dikurniakan insan seperti Dia..melihat si dia bersungguh2 cuba mendekati aku. Yang selalu mengambil berat tentang diriku...Yang selalu merinduiku, yang memerlukan aku ketika susah dan senang nya...
Dengan Izin Tuhan,Sang Maha Pencipta menggerakkan hatiku untuk Dia...
Betapa aku sangat mencintai si dia, tetapi bukan lah kerana nafsu semata2, tetapi sudah aku niat dalam hati,dari awal pertemuan kami, yang aku akan mencintai dia hanya kerana Tuhan Maha Pencipta...KErana itu, Aku belajar SETIA...Belajar menerima baik dan buruk dirinya...Kononnya persediaan dan latihan bagi diriku untuk menjadi insan yang halal bagi dirinya suatu hari nanti dengan izin TUHAN...


Sampai saat ini, Aku buntu, bagaikan tiada penyelesaiannya... Namun ini bukan lah pengakhirannya...Aku berfikiran posotif, dan menganggap ini sebagai ujian,dugaan dari Yang Maha Esa...

Kerana tak semuanya indah didunia...

Aku mula sedar, dugaan ini sebenarnya mematangkan fikiran,bukan menyusahkan..

Dugaan ini mengajar kita suatu pengajaran, dari situ kita cuba ambil iktibar.
Dugaan ini lah yang sebenarnya membantu kita, mendekatkn diri kepada ALLAH..
kerana sewaktu ALLAH menberi kebahagiaan, aku lalai dengan tanggugjawabku sebagai seorang hamba yg hina....

JIka selama ini aku solat pon sekadar untuk melengkapkn kewajipan,tanpa mngerti pengertiannya..

Namun,sejak aku mendapat Dugaan dgn si dia... Aku mula sedar. TUhan bukan menghukum, tetapi dugaan ini DIA berikn kepadaku, supaya aku tidak mencintai Kekasiku lebih daripada MAHA PENCIPTA...

Aku mula berfikir, sejak mendapat dugaan ini, solatku,doaku, hajatku menjadi lebih bersungguh2, dan lebih berkualiti, Doaku,hingga aku mengalirkn air mata.. betapa aku lalai mencintai ALLAH selain kekasihku...Mugkin sebab itulah, ALLAH memberi JARAK kepadaku dan kekasihku..agar aku sedar, yang aku terlalu leka, dengan hatiku untuk kekasihku...



Ya ALLAH,
Betapa aku hamba yang leka dan lalai dalam mengerjakan ibadahmu,
Ampunilah Dosa2ku
dan kedua ibu bapaku,
Serta umat islam seluruhnya,

Ya ALLAH,
PERMUDAHKAN LAH SEGALA URUSANKU
duniaku dan akhiratku,
Tetapkan lah Hatiku,
Teguhkan lah pendirianku,
Kuatkan lah imanku,
Berikanlah aku kekuatan
Untuk aku menghadapi segala dugaan sepanjang kehidupanku.

Ya ALLAH,
Aku bersyukur dengan JARAK yang telah engkau berikan kepada ku dan Si dia,
AKu menganggap dgn jarak ini, adalah jarak kebaikkan,
agar kami tidak sentiasa diselubungi maksiat,
Agar kami tidak leka,dan
tidak pula lalai kepadamu Ya ALLAH,
Dengan jarak ini ,
Agar si dia lebih bersedia untuk kembali
mengikat kasih dan 
 menerima diriku dengan seikhlas hatinya...
Aku bersyukur dengan JARAK ini Ya ALLAH

YA ALLAH,
Jika Dia bukanlah jodohku,
Maka Engkau jauhkan lah HATIKU dari sentiasa mengingati si dia,
Akan Tetapi, 
Sekiranya Dia adalah jodohku,
Maka engkau Tetapkan lah HATIKU untuk dirinya,

Maka engkau lembutkan lah Hati Dia Ya ALLAH,
lembutkan lah hatinya lebih dari keras besi,
berikan lah si dia petunjukmu,
Ampunilah Dia kerana kejahilan dia,Semoga dia lebih bersedia 
setelah menempuh JARAK ini denganku...

Ya ALLAH,
Aku bersyukur kepadamu ya ALLAH,
dengan ujian yang engkau berikan,
agar aku sentiasa mendekatkan diriku kepadamu
agar aku tidak lalai dengan nikmat duniawi.


Aku sentiasa doa selepas solat, doaku sendiri,sedih bila aku mula mengingati setiap baris doaku sendiri..

Jika di abukan jodohku,maka jauhkan lah hatiku untuk dirinya,
JIka dia jodohku, maka TETAPKANLAH HATIKU untuk dirinya...

Tuhan masih menetapkn hatiku untuk dia.. aku masih mencintai dirinya.. jika btol ada jodoh... Alhamdulillah,setakat ini aku masih sayang pada dia...harap2, dugaan dan jarak ini... dikurniakn sesuatu...

Bersabarlah ALEZA.... kerana dengan sabar, ALLAH akn berikan ganjaran yg tidak kita duga... AMIN....



1 comment: