Thursday, March 14, 2013

~Oh mY oFFiceS oN FiRe!!~

~Oh mY oFFiceS oN FiRe!!~

Assalamualaikum,
Hahaha.. Hari selasa aritu ,if i'm not mIstaken, seLasa la kOt, Ku dtg lmBt sbb time tu SnAp Site pIctUres, thEn aroUnd pkol 10 pgi bru Smpi oFis, Ku nmPak aaSaop tebal gileW kt bngunan Opis lgi satu
kali ni mmg btol2 KEBAKARANNN!!!

Tapi Smua oRg ada yG gelabah hbs ,ada yG wat dok releks Ja..huhu...yeLa sbb yg kne Fire Bgunan Sbelah eventhough ada Link dgn ofis Ku.. cehhh..
 Rupenyew sLma ni bRu ku nmpk rMai jgk Org yG keRja kt OpiS tOwer ni, aku ingat Sunyi jaaa, bila dh brKumpul bru tau rmAi.. huhuhu..
Anyway, eVrything was Just fIne..
Takda sapa2 cedeRa..
Punca Kbkaran adalah diSebabKan ,, ROKOK API!!!

Be CeReFull GuyS.. Please Don't mAke Simple tHing gOes Bigger~~ 
Peace Yaww~~

Sempat snap lgi tau



Member Opis wat diaolg la plak..huhu




~Trip to Batang Kali~

~A Moment With Them~

 Assalamualaikum

Huhu, mmg lama gilew tak update blOg..But maYbe after this aku akan sentiAsa uPdate,sbb nak kuraNgkn berfaceboOk.. aKu terasa yg FceboOk ni semakkan kepale jew,So kwn2 yg raSe nak uPdate aku, leh la tGk kt sini...No phone aku dh tuka..hihi..

By da Way, Since aku dah Pindah tmpt kerja dah Sebulan... Aku realized yg aku mmg rIndu sgt dgn kwn2 office lama.. Najiha, Cik Heikal, Pie, Cik Hafez, kak Ekin, kak Zuey, kak nini,Pian, keYyo.. huhu... All of them was my love <3 ..leh ke ckp cmtu?..huhu lantak la kn..

Gilew aku rase mcm lonely bile diorg xde, ntah pape la, tp still having sOme vacation untk together blk. So sweet~~~ then last week ktorg pg Batang kali, PreparatiOn on the Spot jew..

TengaHari plaK, smPai je psang Khemah, then Guys hIdupkn unggun api, msaK stEamBoot..huhuh.. Tak sngka, Simple tp Sdapppppp~~~ nYum nyumm!!! pAstu mandi sunGai, Ktorg dh Mcm bdk2 main bOla getah aIr, huhu, cik Heikal dGn Sluar iTiknya..huhu, Cik hafEz agak Mngganas bermaIn bOla, Siap sergah2 lgi mCm KING KONG!!! huhu, Aku dan Kak eKin lOmpat dri batu beSa braNi matI, Si Pie plak terCabar, dh naik batu tp tak terJun2!! huhu...( Krik krik krikk) ape la pie..huhu

But One oF the scene maSa ktorg tGh sYok main baling2 Bola, Boleh plak mse bereBut2 tuh, Si HaiRul ntah mcm mna terPegang kepala Cik RaZak yg bulat dan licin tuh, mcm nAk terCium, Dah mcm pasangan keKasihhh~~~pastu msing2 Muntah plak..ini Smue poYo~~~huhu!!!

Lepas tu, Kotg berSiap buat unggun api dah nk mLm,mmg Takda lgsung chaYa lampu... 

A moment yg Paling Aku Suka sepanjang Camping, Masa Smue nak sOlat maghrIb,iSyak, dan Subuh.... BerWudhuk die air Terjun yg seJuk tu, Berjemaah same2...dalam keadaan yg serba kekurangan dn gelap, di tgh alam smula Jadi..Hening~~~ maklum lah, Sejak aku dah Hbs Blaja, duduk asrama dlu, dan politknik dlu, dah jarang dpt brjemaah, sjak kerja, mase makin smpit...but that night,Ada terdetik satu perasan yg Menarik sgt... :') ..Its is Such a Meaningfull memOry~~

Tp eVrything was aWesOme dan SuccesS!!!!!! 
I'm haVing Such a Great MemorY~~ : ' ) 

Masa Sampai Pasang Khemah!!!
                                         
nI Masa tghari, msk SteambOot...Agk poYo gadis di atas...

Cik heikal, Pie dan HaiRul gilew tgh msk..huhu

Wah!!! sJuk ok air tuhhhh, tp best sgt!!!


Masing berat, jGn bajet ringan yeee~~~

Posing Skett~~~

main Bola getah

Me & kak ZueY tersyg~~~Pian apehal ko geDik kt blakang tuh??.huhu






Tuesday, December 11, 2012

~Manis Bicara Manusia Tidak Pernah Pegang Pada Janji,Janji ALLAH yg Kekal Abadi...

Assalamualaikum


Dulu,
Sebelum kedatangan seseorang itu...
Hidup ku masih di tgh landasan..
Tiada jatuh, tiada pula ke atas...
Semua sama saja,Tiada Luka Tiada Duka...
Makanku kenyang,hatiku senang,kehidupanku riang,
Bersama teman2 seperjuangan...

Sejak kedatanganmu,
Dunia ini terang,Bahagia itu datang,
kau ajar aku erti Cinta,Erti Bersaudara,
Kau minta aku Setia,minta menerima dirimu
Seadanya...
Ikhlas aku mencintaimu,kerana PENCIPTA...
Harapan,Impian kian menjadi nyata...
Namun, persefahaman menyekat segala...

Mana janjimu mahu menjadikn diriku halal disisimu,
Mana janjimu membahagiakan aku,
Mana janjimu ingin memiliki diriku,
Mana janjimu tuk sentiasa mengharungi susah senangku...

Ternyata Janji manusia tidak pernah pegang pada janji,
Hanya Janji Tuhan yang ternyata pasti...

Bersabarlah wahai hati,Senyumlah walau hatimu disakiti...kerana kesakitan ini,membuat aku lebih dekat denganmu ya ALLAH,aku bersyukur dengan dugaan ini..segalanya ku serah kepadamu...kerana cintamu kepada orang lain,hanya membuat kmu lalai,sedangkan aku bersedih mengingati dosa laluku yang lalai kepada NYA ketika aku bersamamu dlu...
Janji ALLAH untuk orang yang bersabar, orang yang teraniaya...
Pasti akan ada hikmahnya...
AKu percaya janji  ALLAH, bukan lagi janji manusia ...




Ya ALLAH, Ampunilah dosa-dosaku,kedua ibu bapaku, saudara seislamku...Ku berusaha untuk bersabar ke jalanmu ya ALLAH, Lindungilah daku, kuatkanlah aku,sesungguhnya aku hamba yang tidak berdaya,lemah disisimu, teguhkan imanku, tetapkan pendirianku ya ALLAH..Janganlah engkau menghukumku,kerana kesalahanku,kerana kelalaianku, ketika aku bergembira, janganlah engkau lalaikan aku dengan kegembiraan itu, jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur ya ALLAH..Dikala aku berduka,berikan aku kekuatan untuk terus menerus bersabar dengan dugaanmu ya ALLAH,...berikanku petunjukmu,.Permudahkan segala urusan duniaku,akhiratku...Berikan si dia petunjukmu,.Permudahkan segala urusan dunianya,akhiratnya...Sesungguhnya dia dikalangan orang yang lalai dan tidak mengetahui, jangalah engkau menghukum dia ya ALLAH, sebaliknya,berikan lah petunjuk kepadanya,agar si dia sentiasa ingat dosanya padamu..Ampuni dia ya ALLAH...


Katakanlah:"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar ayat 53)












Wednesday, September 5, 2012

Aku Jatuh, Tetapi Aku Bangkit Dan Hadapi Dugaan Dengan KESABARAN....



Assalamualaikum..


Dah lama Tidak Aku menulis dalam blog ini..
iya lah,sejak ada facebook mukabuku ni, kita terlupa yang kita mempunyai
diari awam sendiri..Diari tempat meluah segalanya,sambil itu,sesiapa yg membaca,
akan cuba memberi nasihat dan pendapat..Terima Kasih rakan-rakan... <3

Aku rasa, bagaikan mukabuku itu, tidak lagi menjadi keutamaanku,walaupun ianya penting untuk berkomunikasi dengan rakan2.tetapi, aku dapati, ianya lebih kepada membawa FITNAH untuk menjatuh kn sesiapa saja kalau ada yang tidak senang dengan kita..Lalu aku cuba kurangkn facebook, dan menukarkn status harian ku kepada BLOG...



Teringat aku kisah ku dengan si dia...betapa bahagianya aku dikurniakan insan seperti Dia..melihat si dia bersungguh2 cuba mendekati aku. Yang selalu mengambil berat tentang diriku...Yang selalu merinduiku, yang memerlukan aku ketika susah dan senang nya...
Dengan Izin Tuhan,Sang Maha Pencipta menggerakkan hatiku untuk Dia...
Betapa aku sangat mencintai si dia, tetapi bukan lah kerana nafsu semata2, tetapi sudah aku niat dalam hati,dari awal pertemuan kami, yang aku akan mencintai dia hanya kerana Tuhan Maha Pencipta...KErana itu, Aku belajar SETIA...Belajar menerima baik dan buruk dirinya...Kononnya persediaan dan latihan bagi diriku untuk menjadi insan yang halal bagi dirinya suatu hari nanti dengan izin TUHAN...


Sampai saat ini, Aku buntu, bagaikan tiada penyelesaiannya... Namun ini bukan lah pengakhirannya...Aku berfikiran posotif, dan menganggap ini sebagai ujian,dugaan dari Yang Maha Esa...

Kerana tak semuanya indah didunia...

Aku mula sedar, dugaan ini sebenarnya mematangkan fikiran,bukan menyusahkan..

Dugaan ini mengajar kita suatu pengajaran, dari situ kita cuba ambil iktibar.
Dugaan ini lah yang sebenarnya membantu kita, mendekatkn diri kepada ALLAH..
kerana sewaktu ALLAH menberi kebahagiaan, aku lalai dengan tanggugjawabku sebagai seorang hamba yg hina....

JIka selama ini aku solat pon sekadar untuk melengkapkn kewajipan,tanpa mngerti pengertiannya..

Namun,sejak aku mendapat Dugaan dgn si dia... Aku mula sedar. TUhan bukan menghukum, tetapi dugaan ini DIA berikn kepadaku, supaya aku tidak mencintai Kekasiku lebih daripada MAHA PENCIPTA...

Aku mula berfikir, sejak mendapat dugaan ini, solatku,doaku, hajatku menjadi lebih bersungguh2, dan lebih berkualiti, Doaku,hingga aku mengalirkn air mata.. betapa aku lalai mencintai ALLAH selain kekasihku...Mugkin sebab itulah, ALLAH memberi JARAK kepadaku dan kekasihku..agar aku sedar, yang aku terlalu leka, dengan hatiku untuk kekasihku...



Ya ALLAH,
Betapa aku hamba yang leka dan lalai dalam mengerjakan ibadahmu,
Ampunilah Dosa2ku
dan kedua ibu bapaku,
Serta umat islam seluruhnya,

Ya ALLAH,
PERMUDAHKAN LAH SEGALA URUSANKU
duniaku dan akhiratku,
Tetapkan lah Hatiku,
Teguhkan lah pendirianku,
Kuatkan lah imanku,
Berikanlah aku kekuatan
Untuk aku menghadapi segala dugaan sepanjang kehidupanku.

Ya ALLAH,
Aku bersyukur dengan JARAK yang telah engkau berikan kepada ku dan Si dia,
AKu menganggap dgn jarak ini, adalah jarak kebaikkan,
agar kami tidak sentiasa diselubungi maksiat,
Agar kami tidak leka,dan
tidak pula lalai kepadamu Ya ALLAH,
Dengan jarak ini ,
Agar si dia lebih bersedia untuk kembali
mengikat kasih dan 
 menerima diriku dengan seikhlas hatinya...
Aku bersyukur dengan JARAK ini Ya ALLAH

YA ALLAH,
Jika Dia bukanlah jodohku,
Maka Engkau jauhkan lah HATIKU dari sentiasa mengingati si dia,
Akan Tetapi, 
Sekiranya Dia adalah jodohku,
Maka engkau Tetapkan lah HATIKU untuk dirinya,

Maka engkau lembutkan lah Hati Dia Ya ALLAH,
lembutkan lah hatinya lebih dari keras besi,
berikan lah si dia petunjukmu,
Ampunilah Dia kerana kejahilan dia,Semoga dia lebih bersedia 
setelah menempuh JARAK ini denganku...

Ya ALLAH,
Aku bersyukur kepadamu ya ALLAH,
dengan ujian yang engkau berikan,
agar aku sentiasa mendekatkan diriku kepadamu
agar aku tidak lalai dengan nikmat duniawi.


Aku sentiasa doa selepas solat, doaku sendiri,sedih bila aku mula mengingati setiap baris doaku sendiri..

Jika di abukan jodohku,maka jauhkan lah hatiku untuk dirinya,
JIka dia jodohku, maka TETAPKANLAH HATIKU untuk dirinya...

Tuhan masih menetapkn hatiku untuk dia.. aku masih mencintai dirinya.. jika btol ada jodoh... Alhamdulillah,setakat ini aku masih sayang pada dia...harap2, dugaan dan jarak ini... dikurniakn sesuatu...

Bersabarlah ALEZA.... kerana dengan sabar, ALLAH akn berikan ganjaran yg tidak kita duga... AMIN....



Monday, May 14, 2012




~~Worse Architecture AnimaTion From me~~~


Lame Gilew tal menulis blog, oppss sorry bukan menulis tp menaip..huhuhu

Okay la actually, aku xde bende nak di ‘share’ kan sgt….tp bile belek2 blk external hardisk, ade pulak video animation design mse aku blaja time sem 6..

Sebut pasal sem 6, sorry to say, aku mmg worse gilew, yupp, mungkin waktu tu, aku betul otak tak center  kerana masalah peribadi..well mungkin tak berape sesuai kalo nak kongso dengan korang secara berterusan, biar lah cerita2 aku yang akan dtg akan aku cube selitkn kenapa aku betul2 tidak dapat kawal emosi….huhu..

Well , Down here some animation yang aku buat mse sem 6…
Tpi mmg sorry la,sgt worse, kerja tak menentu sebab masalah emosi kannnn,trase sgt bodoh si tak gune tuu  (bukan marah korang,tapi orang tak gune tu je)..heee, kerja lambat, tapi SIAP okay!!!.. Cume cita2 aku untuk buat animation Gempak tak menjadi…tak sempat..
So ini la hasilnya…




Tuesday, January 17, 2012

Membilang hari...


Membilang hari...

Satu hari pertama itu menyakitkan, memedihkan, memilukan di pagi subuh permulaan bulan mulia...

Satu Bulan Pertama, Sedikit kelegaan, genap detik setahun,tetapi tiada kegembiraan...

Dua Bulan Pertama, Terasa keresahan, hati dihimpit kerinduan,tapi balasannya,menyakitkan...

Tiga Bulan Pertama, Berusaha berdiri sendiri,mencari , mengharapkan sesuatu yang tidak pasti...

Empat Bulan Pertama, Kesungguhan yang ia dilakukan dulu,diri ini membalas dengan yang sama,tetapi penyeksaan yang  diterima....

Lima Bulan ,Permulaan untuk melupakan.... Tetapi mengharap kan kebaikan dan hikmah disebalik kejadian...

Inginkan kenangan itu sentiasa mekar dan wujud selalu...
sentiasa menanti...Kamu tetap dirimu yang ku kenal dulu....






Wednesday, October 19, 2011

BILA PEREMPUAN MENANGIS




BILA PEREMPUAN MENANGIS

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...